Akademi Tahfiz Genius

Pengenalan

Akademi Tahfiz Genius (ATG) telah diasaskan sejak tahun 2015 oleh
Haji (IM) Abdul Jabbar bin Haji Mohammed Kahar (Juara Imam Muda Musim Ke-3 Astro Oasis) & Ustazah Nurul Atikah Bt Sharudin (Johan Hafizah Peringkat Kebangsaan).

ATG merupakan sebuah kelas tahfiz secara tambahan atau sambilan untuk anak-anak yang berumur 6 – 17 tahun. Para pelajar boleh mengikuti kelas tahfiz ini secara sambilan di samping menghadiri kelas harian di sekolah masing-masing seperti biasa.

Selain itu, ATG juga mempunyai kelas mengaji untuk golongan dewasa yang dikenali sebagai
KELAS NGAJI AQSA.
Kelas ini terbuka kepada semua lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas.

KELAS NGAJI AQSA terbahagi kepada dua sesi.
Sesi Pagi: KELAS NGAJI & TAFSIR yang mengkhususkan pembelajaran Al-Quran dan Tafsirannya. 
Sesi Malam: KELAS NGAJI & TAJWID yang diwujudkan untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran, tajwid dan sebutan makhraj huruf.

Kelas Pengajian Kami

Kelas Hafazan ATG

Kelas Hafazan Al-Quran menggunakan modul "TEKNIK MADANI". Kelas diadakan di waktu malam pada hari Selasa & Khamis, dan di waktu pagi pada hari Sabtu & Ahad.

Kelas NGAJI AQSA

Kelas NGAJI AQSA ini terbuka pada golongan dewasa berumur 18 keatas, khususnya bagi yang ingin memperbetulkan bacaan Al-Quran, tajwid serta sebutan makhraj. Kelas NGAJI AQSA mempunyai dua sesi, iaitu Kelas NGAJI & TAFSIR yang diadakan sesinya pada pagi hari Selasa & Rabu, dan Kelas NGAJI & TAJWID yang diadakan sesi di malam hari Rabu dan Jumaat.

Kem Cuti Sekolah Ulul Albab

Kem ini biasanya akan diadakan pada musim cuti sekolah supaya dapat menghimpunkan pelajar - pelajar dalam satu masa bagi memberi pendedahan dalam program qiamullail, slot motivasi, latih jati diri, mengenali proses perjalanan Haji & Umrah dan lain-lain.

LEMBAGA PENGARAH

HAJI (IM) ABDUL JABBAR BIN HAJI MOHAMMED KAHAR 

Lebih dikenali sebagai Imam Muda Jabar (Juara Imam Muda Musim Ke-3 Astro Oasis)

  • TV, RADIO PERSONALITY/MOTIVATOR/HOST
  • TAULIAH MENGAJAR AGAMA
  • TAULIAH PERAK
  • PENDAKWAH KORPORAT (MAIP) MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK
  • MASTER IN BUSINESS ADMINISTRATION, USAS
  • MASTER IN FIQH, AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY SHAH ALAM
  • B.A (HONS) IN SYARIAH, ISLAMIC UNIVERSITY MADINAH AL MUNAWWARAH
  • HIGH SCHOOL MADINAH AL MUNAWWARAH
  • MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN

USTAZAH NURUL ATIKAH BINTI SHARUDIN (Johan Hafizah Peringkat Kebangsaan). 

  • B.A SYARIAH, AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY
  • SYAHADAH 30 JUZ AL-QURAN DI ZAQAZIQ, MESIR.
  • STAM DI SEKOLAH MENENGAH AL-HIDAYAH

Lokasi Kami

Akademi Tahfiz Genius
NO.342A, Persiaran Putri 1,  Taman Chandan Putri 3, 33000 Kuala Kangsar, Perak

CAWANGAN ATG: 

– ATG CHANDAN PUTRI, KUALA KANGSAR.

– ATG TAMAN IMPIANA, PADANG RENGAS.

– ATG IPOH (LAMAN SRI RIDZUAN).

– ATG SERI ISKANDAR